Maafkan aku sebab terkasar bahasa.
Maaf sekali lagi tapi kali ini memang tak boleh tahan. Sudah berapa lama aku kena berdiam, pendam perasaan sakit ini dalam-dalam. Pergh, macam makan diri dan hati sendiri.
Ye, aku tahu aku tak selalu ada kat rumah sebab sibuk bekerja. 8 jam sehari, 6 hari seminggu. Aku memang suka akan kerja aku walaupun banyak bergerak, banyak benda nak kena buat dalam satu masa. Penat, memang penat. Ditambahkan pula bila balik rumah, kerja rumah pula berlambak.
Aku geram.
Aku yang selalu ditengking pagi-pagi buta untuk bangun dan buat apa yang patut: basuh baju, gantung baju semua itu. Aku bekerja atas sebab aku nak capai apa yang aku hajatkan: pendakap gigi terutamanya! Tapi bila maktiri aku sendiri kata:
"Duit dalam bank itu bukan semuanya abah punya?"
Huh. Itulah yang selalu aku dengar dari mulut dia. Yelah, habis itu apa guna aku sukarela masuk persembahan merdeka 2 tahun lepas selama 2 bulan hanya dapat RM255 sanggup berpanas, hitam legam aku dibuatnya. Itu kau kata duit suami kau? (Maaf sekali lagi dan lagi. Memang sudah terkeluar ayat panas) Apa guna aku kerja kalau duit yang aku dapat dari hasil titik peluh aku adalah duit suami kau? Aku cukup bengang. Tahap maksima bai!
Tadi aku mahu menggunakan mesin basuh sebab esok kerja. Esok pula merupakan hari wilayah. Jadi, sesiapa yang kerja esok akan dapat triple pay. For sure. Tapi mesin basuh diguna oleh si ibu tiri. Katanya:
"Jangan masukkan baju yang busuk ke dalam mesin basuh itu. Dalam itu semua dah bersih"
Padahal baru rendam baju je. Menyemak je! Pergilah rendam baju dalam baldi ke apa.
"Habis itu? Esok tak bolehlah Na nak kerja"
"Tak apalah kalau tak kerja"
"Esok triple pay day. Hari wilayah doh"
"Tak apalah tak kerja. Lagi bagus"
Okay, itu melampau gila babi. Dulu kau kata apa-apa lepas dapat gaji pertama, aku kena tanggung makan minum tambang bas balik dan pulang apa semua tu. Ni yang aku kena pula? Memang macam kena tikamlah kat belakang, apatah lagi hati. Jadi, aku terus pergi ke ayah yang tengah menghadap laptopnya dan berkata dengan tegas:
"Abah, cakap kat Ma mulai esok tak payah bagi duit belanja lagi dah. Biar lepas ini Na tanggung sendiri"
Terus belah.
Sejak aku kerja, perangai si ibu tiri bertambah-tambah lain. Apahal? Aku cerita pasal hal di tempat kerja pun macam nak tak nak. Kau kena faham, aku bukannya tinggal dengan ibu kandung aku. Di mana lagi aku nak bercerita? Abah? Aku taklah serapat dengan dia yang kau sangkakan.
Haih. Tolonglah, kenapa kena jadi macam ini?
BOOM N BOUNCE :)
1 hour ago


